PEMBENTUKAN PERSONALITI REMAJA
Pengenalan
Mengikut
Allport personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan system
psikofizikal
dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran.
Organisasi
dinamik ( Dynamik Organisation ) bermaksud integrasi serta hubungan di
antara
pelbagai aspek personaliti. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan
berkembang
dan bukan sesuatu yang statistik.
‘Sistem
psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi,
sentimen dan
motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di dalam
urat saraf,
kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka.
Walaupun
sistem ini bukan terhasil daripada baka, system ini telah terbentuk dengan cara
pembelajaran
akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah
kuasa
penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang
kanak-kanak.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi personaliti
Baka
Minat
terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti
telah
tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait
yang
mana pula
yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik
menghasilkan
pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan
trait-trait
badan dan tingkahlaku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan
had-had yang
tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun
persekitaran
yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara
untukmengetahui
apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat
mengesan
potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan
potensi
tersebut pada masa ujian diambil.
Peranan baka
di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh
baka adalah
lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga
personaliti
sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.
Bentuk Tubuh Badan
Bentuk tubuh
badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung.
Secara
langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan
tidak dapat
dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat umur
khususnya
apabila aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan
sebaya.
Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa
terhalang di
dalam berbagai-bagai permainan dan sukan.
cara
menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan
ini
akan
dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang
menunjukkan
sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu
adalah
bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola persoaliti bagi individu yang
mempunyai
bentuk tubuh badan yang tertentu.
Jika
seseorang kanak-kanak itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama
tinggi dan
sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika
bentuk tubuh
badanya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang
gemuk akan
merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat
memegang
status yang tinggi di kalangan rakan sebayanya. Ia akan bertambah
bergantung
kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi
tahap
umurnya.
Keadaan Fizikal
Perubahan-perubahan
keadaan fizikal seseorang kanak-kanak akan membawa
perubahan
tingkahlaku yang mungkin tidak kekal atau kekal, sedikit atau banyak.
Seseorang
kanak-kanak akan merasa mudah marah dan bertingkahlaku berbeza jika
dibandingkan
dengan semasa sudah berehat. Keadaan-keadaan fizikal seperti ini yang
mengganggu
imbangan tubuh badan yang akan menjejaskan penyesuaian kanak-kanak
tersebut.
Kesihatan
akan mempengaruhi personalitinya. Sikap keluarga dan kumpulan sosial
kanak-kanak
biasanya adalah lebih baik bagi kanak-kanak yang sihat jika dibandingkan
dengan
kanak-kanak yang kurang sihat. Ini akan mempengaruhi tingkahlaku.
Kanak-kanak
yang kurang bertenaga kerana sakit teruk akan bertingkahlaku malu,
pendiam,
mudah marah,murung dan tidak bersosial. Mereka yang menghidap penyakit
yang
merimaskan seperti ekszima (sejenis penyakit kulit) akan bertindak melampau dan
mudah
meradang. Personaliti kanak-kanak ini bertambah baik apabila penyakit ini sudah
terkawal.
Kesan
kecacatan fizikal terhadap personaliti, bergantung kepada setakat mana
kanak-kanak
itu sedar bahawa ia berbeza. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pekak atau
buta akan
membentuk personaliti kekakuan apabila mereka bersama-sama dengan kanakkanak
yang tidak
pekak atau tidak buta.
Kecerdasan
Kecerdasan
telah dibekalkan kepada kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan
diri untuk
hidup, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.
Kecerdasan
yang sederhana membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya dengan
agak berjaya
jika keadaan lain adalah baik. Namun begitu kecerdasan yang sangat rendah
atau sangat
tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial. Kanak-kanak yang terlalu pandai
atau terlalu
bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi kerana ia membentuk
konsep
kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna. Seterusnya ia akan
membentuk
corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi standard sosial yang
diperlukan
untuk umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa tingkahlaku tidak diterima
daripada
segi sosial akan merendahkan konsep kendirinya lagi yang akan mengakibatkan
tingkahlaku
sosial yang kurang baik.
Kanak-kanak
kecil tidak sedar dan tidak mengetahui tahap kecerdasan mereka,
kecuali
apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya.
Dengan kata
lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak menyedari
yang ia
sangat pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak mengetahui
kelembapan
mereka itu. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan tidak mengendahkan
perkara
ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu pengukur untuk membandingkan
keupayaan
kecerdasan mereka. Mereka mengukur tahap perkembangan kecerdasan
mereka
berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.
Perasaan
kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berlainan adalah
dipengaruhi
oleh sikap sosial khususnya sikap ibu bapa, guru dan ahli-ahli kumpulan
sebayanya.
Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan merasa kurang senang apabila
bersama
dengan kanak-kanak yang sangat cerdas kerana mereka berasa bebal jika
dibandingkan
dengan kawannya yang cerdas. Kebanyakan daripada masalah personaliti
kanak-kanak
yang sangat cerdas adalah disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila
mereka
berpeluang bercampur dengan kanak-kanak yang sama cerdas, masalah
personaliti
mereka akan berkurang atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai
kecerdasan
yang sangat rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur
dengannya di
sekolah atau di tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama
orang luar.
Minatnya pun berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas
memencilkan
dirinya. Jika kumpulan sebayanya sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi
akan merasa
tidak popular dan lebih terpencil.
Emosi
Emosi akan
menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan
menjejaskan
tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas seseorang kanak-kanak
terhadap
sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada
pengalamannya
yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian
dirinya.
Setengah-tengah kanak-kanak telah belajar menyatakan emosi mereka sertamerta
dan ada pula
yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan
mengeluarkan
perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai.
Apabila
seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan
sebagai
tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia
akan merasa
murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis,
tidak mahu
bekerjasama dan merenung tentang dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan
menyebabkan
kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang.
Emosi
dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi
personaliti
kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh.
Persekitaran
pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh
perasaan
risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan
keyakinan
kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak dengan
cara yang
positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya
yang meluap.
Pengalaman awal Kanak-kanak.
Pengalaman
ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan
kesan-kesan
terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu
ataupenjaga
ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi
perkembangan
personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak
begitu
banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu
di dalam
keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan
faktorfaktor
lain di
dalam pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola
personalitinya.
Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang dan bersalah
khususnya
ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan menjejaskan personalitinya.
Pengaruh Keluarga
Kehidupan
kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering
bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai,
terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan
penyesuaian
kanak-kanak yang tidak stabil.
Keluarga dan
ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi
keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak
kanak yang
yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi
ego yang
lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap
perkembangan
personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih
sayang dan
minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
Pengaruh Kebudayaan
Di dalam
setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti
yang sesuai
dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola
personaliti
yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak
kecil lagi
ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan itu,
cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan pengaruh terbesar
terhadap
jenis personaliti yang akan dibentuknya.
Pengaruh Kawan
Apabila di
sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung
oleh
kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu
mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Kanak-kanak
yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya
akan
mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak
disukai oleh
kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah
terhadap
kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
Pengaruh Sekolah
Guru
memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.
Secara
langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanakkanak
itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula
melihat diri
mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,
‘pengancam’,
‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi
penerimaan
sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
Pola-pola
personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang
bersifat
mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja
sekolah
dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan
memusnahkan
motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.
Sejauhmana
guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada
jumlah
interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga
dapat
mempengaruhi
personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan
serba
kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang
mendapat
gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah
dan
penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menetukan
sama ada
seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai
gagal, bodoh
dan tidak berguna.
Pengaruh
Sosio-Budaya Keatas Kanak-Kanak
Kanak-kanak
tidak berkembang di dalam sebuah vakum. Perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi
oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan
dunia tempat
mereka tinggal dan dibesarkan. Dalam konteks ini, perkembangan kanakkanak
dipengaruhi
oleh ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan, rakan
sebaya,
orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah, rumah-rumah ibadah
dan kumpulan
atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya. Pola
pengaruh
sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan
oleh
Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik
oleh
Rice (2000)
seperti berikut.
Model
Bronfenbrenner.
Model ‘ecological’
seperti yang digambarkan oleh Bronfenbrenner menerangkan
pengaruh
dalam linkungan ‘microsystem’ adalah merupakan pengaruh paling utama
(immediate
influences) yang mana persekitarannya terdiri daripada orang-orang yang
paling
hampir dengan kanak-kanak itu seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, jiran,
orang-orang
dalam kumpulan ibadah dan mereka yang terlibat perkhidmatan kesihatan.
Pengaruh
dalam lingkungan ‘mesosystem’ adalah meliputi perhubungan yang wujud
secara
resiprokal dikalangan persekitaran ‘microsystem’, seperti peristiwa yang
berlaku
di rumah
akan mempengaruhi peristiwa yang berlaku di sekolah dan sebaliknya.
Lingkungan ‘exosystem’
termasuk persekitaran dimana kanak-kanak tiada
peranan di
dalamnya tetapi mempengaruhi mereka kerana kesan persekitaran tersebut
keatas ‘microsystem’,
seperti peristiwa yang belaku kepada ibu bapa yang bekerja di
tempat kerja
mereka lambat laun akan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak. Begitu
juga
pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan yang menyediakan khidmat sokongan
keluarga
akan memberi kesan kepada cara kanak-kanak itu dipelihara. Beberapa elemen
yang
terdapat dalam ‘exosystem’ adalah keluarga luas (extended family), jiran,
pertubuhan
dan perkhidmatan kemasyarakatan, tempat kerja, media massa, rakan-rakan
keluarga dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dibenarkan. Lingkungan
‘macrosystem’
termasuklah ideologi, nilai, sikap, undang-undang dan peraturan, ‘mores’
serta adat
dan pantang-larang sesuatu budaya. Budaya pula adalah berbeza mengikut
negara,
antara kaum dan etnik serta kumpulan-kumpulan berdasarkan sosio-ekonomi.
Di dalam
tugasan ini, kumpulan kami akan membincangkan peranan keluarga,
iaitu, ibu
bapa dan ahli-ahli keluarga yang lain (immediate family members) dalam
pembentukan
personaliti individu.
Keluarga
Sistem
sosial yang mengisi ruang hidup setiap individu terdiri daripada masyarakat
dimana
individu itu berada, budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut, keluarga
yang banyak
mendidik individu itu secara tidak formal dan sekolah dimana individu itu
mendapat
pendidikan secara formal; kesemuanya memberi kesan terhadap perkembangan
individu
tersebut. Institusi keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan
keatas
perkembangan personaliti individu sebagai anggota masyarakat. Keluarga masih
berfungsi
sebagai “transmitter” atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral,
prinsip,
tabiat dan cara berfikir dan bertingkahlaku yang memberi kesan terhadap
perkembangan
personaliti individu; yang akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi
yang
berikutnya. Proses ini berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkahlaku, dimana
keluarga
membentuk personaliti dan mengekalkan mod atau cara berfikir cara
berkelakuan
yang kemudiannya menjadi tabiat. Peterson dan Rollins (1987) menamakan
proses ini
sebagai ‘generational transmission’.
Keluarga
didefinisikan oleh Rice (1999, ms 4) dipetik semula dalam Rice (2000,
ms 226)
sebagai,
“any
group of persons united by the ties of marriage,
blood, or adoption or any sexually expressive relationship,
in which (1) the people are committed to one another in an
intimate, interpersonal relationship, (2) the members see
their identity as importantly attached to the group, and (3)
the group has an identity of its own”
Berdasarkan
definisi di atas, Rice telah menyenaraikan beberapa jenis keluarga,
iaitu, keluarga
ibu atau bapa tunggal (a single-parent family) yang mengandungi seorang
‘parent’
yang mungkin telah atau tidak berkahwin dan seoarang atau beberapa anak
kerana
beliau menerima perhubungan ‘parent’-anak secara angkat (adoption). Keluarga
nuklear atau keluarga asas yang mengandungi seorang bapa, seorang
emak dan anakanak
mereka.
Keluarga jenis ini semakin berkurangan di negara-negara Barat. Keluarga
luas (extended family) terdiri daripada seseorang (a person),
seorang teman hidup (a
possible
mate), anak-anak, saudara-mara yang tinggal bersama serumah atau saudaramara
yang tinggal
berhampiran. Maksud keluarga luas oleh Rice ini agak berbeza kerana
lazimnya
sebuah keluarga luas mengandungi sepasang suami-isteri dan aanak-anak
mereka serta
ahli keluarga atau saudara-mara yang hampir (immediate relatives) seperti
datuk,
nenek, emak dan bapa saudara dan sepupu; tetapi bagi Rice ikatan antara
keluarga
Keluarga ‘binuclear’ terbentuk akibat perceraian
dimana sebuah keluarga asal
terbahagi
dua. Dengan itu, ia mengandungi dua keluarga nuklear; keluarga nuklear
sebelah ibu
(maternal nuclear family) diketuai oleh ibu sementara keluarga nuklear
sebelah bapa
(paternal family) diketuai oleh bapa. Setiap keluarga dianggotai anak-anak
hasil dari
keluarga asal, cuma diketuai oleh sama ada ibu atau bapa tunggal atau ibu bapa
hasil
perkahwinan kedua ibu atau bapa. Keluarga ‘communal’ (komunal atau
bersama)
terdiri dari
individu-individu yang tinggal bersama dan berkongsi beberapa aspek dalam
kehidupan
mereka. Kadang-kadang mereka tidak dianggap sebagai sebuah keluarga.
Keluarga ‘gay’ atau ‘lesbian’ mengandungi
orang-orang dewasa yang sama jantina,
lelaki
bersama lelaki (gay) dan perempuan bersama perempuan (lesbian), tinggal bersama
dan berkongsi
penyataan seksual dan komitmen berkeluarga. Selain yang tersebut di
atas,
terdapat juga keluarga bersekedudukan (cohabiting family) dimana dua
pasangan
berlainan
jantina tinggal bersama, beranak atau tanpa anak serta berkongsi penyataan
seksual dan komitmen
kekeluargaan tetapi tanpa pernikahan yang sah.
Kini,
perkataan “keluarga” tidak lagi sinonim dengan keluarga nuklear atau
keluarga
asas dengan kepelbagaian jenis-jenis keluarga. Kerana perbezaan atau
kepelbagaian
keluarga dari segi struktur dan komposisi, maka pengaruh keluarga keatas
perkembangan
personaliti kanak-kanak juga adalah berbeza. Sebelum kita
membincangkan
pengaruh keluarga dalam pembentukan personaliti individu, elok juga
kita
memahami maksud sosialisasi.
Sosialisasi
Sosialisasi
merupakan satu proses dimana individu belajar cara bermasyarakat atau
bersosial
supaya mereka boleh berfungsi dikalangan masyarakat tempat tinggalnya.
Kanak-kanak
diajar amalan dan nilai dalam sesuatu masyarakat melalui perhubungan
dengan
setiap individu yang telah sedia mengamal norma dan nilai masyarakat tersebut;
dan ini
lazimnya bermula dari keluarga.
Faktor-faktor
dalam keluarga yang mempengaruhi pembentukan personaliti individu
1. Pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak berbeza
mengikut jenis-jenis keluarga.
Datuk
mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah keluarga
luas tetapi
sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya bertemu
sekalisekala.
Demikian
juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan
terhad jika
anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu
tunggal. Ibu
bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan
perhubungan
kasih sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai
pengaruh
yang lebih besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear.
Kata-kata
ibu bapa sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak
perhatikan
(perceive) kepada apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak
mempengaruhi
mereka. Di dalam tiga situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur
dan
komposisi yang berbeza dalam sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli
keluarganya
juga berbeza.
2. Faktor perbezaan individu anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga,
menentukan pengaruh keluarga keatas mereka.
Faktor yang
menentukan pengaruh keluarga keatas personaliti anak-anak adalah
perbezaan
dari segi baka, pembawaan (temperament), persepsi kognitif dan
perkembangan
tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka. Oleh itu, tidak semua
anak
bertindakbalas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan isu yang sama pada
persekitaran
keluarga yang sama. Jika terdapat persamaanpun, tidak pada tingkat atau
tahap yang sama.
Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga yang kucarkacir
dan konflik,
sukar baginya untuk mengujudkan sebuah perkahwinan yang harmoni
kelak.
3. Faktor pengaruh keluarga dari segi kecekapan keibubapaan dan
persekitaran
keluarga.
Tidak semua
ibu bapa mampu mengujudkan persekitaran keluarga yang positif dan sihat.
Terdapat
tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti
perkahwinan
yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan
sosial dan
perkembangan kognitif.
(a)
Pelarasan psikologikal ibu bapa
Kanak-kanak
yang terdedah dengan sifat kemarahan ibu bapa (parental anger) akan
mengakibatkan
meningkatnya tindakbalas emosi dan tingkahlaku kanak-kanak itu. Ibu
bapa yang
sihat dari segi psikologikal selalunya memberi kesan positif terhadap
pertumbuhan
kanak-kanak. Ini bermaksud, ibu-ibu yang mempunya sifat keyakinan diri
(self-efficacy)
atau percaya dengan kemampuan sendiri sebagai ibu yang efektif
menghadapi
kurang masalah penjagaan bayi berbanding dengan ibu yang kurang
berkeyakinan.
Kajian menuntukkan tekanan (depression) yang dihadapi oleh ibu berkait
dengan
penghargaan kendiri yang rendah, mengurangkan kawalan diri, merendahkan
keupayaan
kognitif dan memburukkan terimaan sosial di kalangan kanak-kanak lelaki.
Ibu-ibu yang
berpuas hati dengan kualiti dan kuantiti perhubungan personal dan
jaringan
sosial mereka telah menunjukkan tingkahlaku keibuan yang optimal. Mereka
memberi
lebih pujian kepada anak-anak mereka dan kurang mengganggu dalam
mengawal
anak-anak. Tahap kesihatan psikiatrik dan status perkahwinan bapa dapat
menerangkan
keragaman dalam kecekapan sosial dan emosi anak-anak. Bila bapa (dan
ibu)
didiagnos dan mengalami gangguan, psikosis atau tekanan, maka anak-anak
berisiko
untuk
mengalami kesukaran atau bermasalah dalam kognitif, sosial, emosi dan
berhadapan
dengan masalah di sekolah.
(b) Kualiti
perkahwinan
Kualiti
sesuatu hubungan perkahwinan memberi kesan keatas penyesuaian dan
perkembangan
kanak-kanak dan mempengaruhi masalah tingkahlaku mereka.
Contohnya,
apabila seorang suami dan seorang isteri berpuas hati dengan perkahwinan
mereka,
anak-anak akan berasa selamat. Kualiti perkahwinan yang rendah menjurus
kepada
amalan-amalan keibubapaan dan sosialisasi yang bermasalah seperti
meningkatnya
sifat permusuhan dan tindakan punitif (melibatkan hukuman),
mengurangkan
kemesraan dan justifikasi atau kemampuan menaakul yang kemudiannya
memberi
kesan buruk kepada kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak. Penggunaan
kata-kata
cacian dan maki-hamun menambah kemarahan, ketakutan dan kesedihan anakanak;
mengakibatkan
mereka berasa kecewa (upset).
Biarpun
begitu, tidak semua konflik dalam perkahwinan memberi kesan negatif
dan buruk
kepada kanak-kanak. Jika ibu bapa berupaya menyelesai kekeliruan dan salah
faham
melalui perbincangan dan dilakukan dengan tenang serta dalam suasana emosi
yang
tenteram dan stabil, kesannya adalah positif dan menguntungkan anak-anak.
Anakanak
telah
diperlihatkan dan belajar cara menyelesaikan konflik mengikut contoh atau
pengalaman
yang diperolehi. Sebenarnya, konflik itu sendiri bukan masalah yang
mengganggu
kanak-kanak tetapi konflik yang keterlaluan, kekerapannya, sebab-musabab
atau
puncanya dan akibat yang dihasilkan oleh konflik yang memberi kesan keatas
anakanak.
(c) Kesan
dari stail keibubapaan
Keluarga
yang berbeza mengamalkan stail adan corak keibubapaan yang berbeza.
Terdapat
tiga stail keibubapaan.
(i) ‘Authoritarian’
menekankan kepatuhan dan menggunakan
paksaan
untuk mengekang kebebasan bertindak anak-anak, menganggap anakanak
kurang
penting, menyekat autonomi dan tidak menggalakkan nilai bertolakansur
dalam
perbualan atau percakapan. Ibu bapa jenis ini cenderung untuk untuk
menggunakan
disiplin yang keras kerana mereka telah dididik secara yang
demikian
pada masa lalu. Stail keibubapaan sebegini menghasilkan anak-anak
yang suka
menyisihkan diri, penakut, mempamer sikap tidak berdikari, cepat
marah, tidak
asertif, ‘moody’, menunjuk sikap permusuhan dan cenderung untuk
bergaduh
(agresif).
(ii) Ibu
bapa yang ‘permissive’ membebaskan anak-anak dari sekatan
dan
sebaliknya menerima gerak hati dan tingkahlaku mereka; malahan membantu
membentuk
tingkahlaku mereka. Sesetengah ibu bapa memanja dan menurutkan
kemahuan
anak-anak mereka dan ada yang tidak mengambil peduli dengan
membiarkan
anak-anak berbuat sesuka hati mereka. Anakanak cenderung
memberontak
bila disekat kemahuan mereka, suka menurut nafsu, agresif,
mengikut
kehendak sendiri dan tiada kecekapan bersosial. Kekurangan disiplin di
rumah
dikaitkan dengan agresif dalam bersoasial dan akhirnya mengakibatkan
dirinya
disisih oleh rakan sebaya.
(iii) Ibu
bapa ‘authoritative’ sentiasa mencari ruang untuk memandu
aktiviti
anak-anak secara rasional, menggalakkan perbincangan dan menggunakan
kawalan yang
tegas jika anak-anak cuba engkar; tetapi ini tidak bermakna terlalu
keras. Ibu
bapa mengiktiraf keperluan dan minat individu anak-anak tetapi harus
mematuhi
peraturan atau lebih tepat ‘standard of conduct’. Anak-anak biasanya
boleh
berdikari, boleh mengawal diri, ada keyakinan diri dan cekap bersosial.
4. Pengaruh keluarga dari kalangan status sosio-ekonomi rendah.
Pendapatan
yang rendah bermaksud tidak berkecukupan untuk membiaya keluarga dari
segi
kewangan, isi rumah yang sesak di kejiranan yang miskin dimana kadar jenayah
dan
masalah
sosial dan keluarga adalah ketara. Keluarga berstatus sosio-ekonomi rendah
tidak
mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna, berhadapan dengan kadar kematian
yang tinggi
serta penyakit-penyakit fizikal dan mental. Insiden kematian akibat
kemalangan,
bunuh diri dan pembunuhan adalah tinggi. Ibu-ibu mengandung
kebanyakannya
masih muda dan tidak berkahwin; kemudian menggunakan alkohol dan
dadah tanpa
preskripsi. Ditambah dengan tidak menerima penjagaan prenatal yang
sempurna di
pusat-pusat kesihatan yang akhirnya mengakibatkan mereka melahirkan
anak tidak
cukup bulan (premature) dan rumit, yang sukar dipelihara dan untuk diberi
kasih sayang
yang sempurna. Kejadian penganiayaan kanak-kanak juga sangat lumrah.
Ekoran dari
maklumat di atas, status sosio-ekonomi keluarga dihubungkaitkan
secara
signifikan kepada faktor sosialisasi kanak-kanak yang diantaranya disiplin yang
kasar,
kurang kemesraan keibuan, terdedah kepada model agresif orang dewasa, nilai
agresif
sebelah ibu, punca stres kehidupan keluarga, kurang sokongan sosial sebalah
ibu,
kumpulan
sebaya yang tidak stabil dan kurang rangsangan kognitif.
Peranan ibu
bapa dalam pembentukan personaliti
Lelaki atau
bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan
membesarkan
anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anakanak.
Apabila
kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan
akan menjadi
bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri
meningkat
dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil
dari kualiti
hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat.
Dengan
pertambahan bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas
suami untuk
bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak
semakin
meningkat. Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-bapa yang
berpendidikan
yang pernah dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di rumah
dan
memelihara anak-anak mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya mereka
memainkan peranan melakukan
kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka.






