Gila-gila remaja

Gila-gila remaja

Thursday, 22 December 2011

Perubahan Masa

Setiap kita sedar bahawa hidup ini tidak sesenang dan sesusah yang kita sangka. Ada yang baik dan ada juga yang buruk,setiap yang baik pasti banyak kelebihan nya tetapi ia sukar didapati,namun bagi yang buruk ianya ada dimana-mana tanpa mengira masa. Disini kita dapat melihat kenyataan bahawa hidup ini sentiasa berputar dan menunggu untuk berhenti pada bila-bila masa saja. Contoh yang dapat dilihat adalah dari golongan remaja. Pada zaman sekarang,kebanyakan mereka melakukan sesuatu itu mengikut gerak hati mereka tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Ini berlaku kerana mereka terlalu terdedah kepada pendekatan luar daripada pendekatan dalam. Ada diantara mereka mengetahui kesan nya namun diabaikan kerana kurang perhatian. Namun begitu,ada juga diantara mereka yang mengambil serius dalam sesuatu perkara sehingga melupai segalanya. Disini baru lah mereka sedar dan  mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya diluahkan kerana mereka sepatutnya lebih tahu sebelum mereka melakukan sesuatu itu. Semua ini boleh terjadi dalam mana-mana aspek samada dari segi pendidikan,kewangan,kehidupan sosial,kekeluargaan,mahupun masyarakat disekeliling mereka. Para remaja tidak sepatutnya dipersalahkan kerana ada sesuatu yang mendorong kepada semua itu terjadi. Walaupun begitu,kita sendiri sebagai anak insan yang bernama remaja sepatutnya lebih berfikir dan tidak menyusahkan orang lain. Sebagai remaja juga,kita sendiri tahu apa yang diingini namun buatlah dengan cara yang baik dan betul. Setiapnya pasti ada penyelesaian walaupun sekarang kita tidak mengetahuinya,lambat laun pasti ia akan muncul dan semuanya akan selesai dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment