![]() |
| Cinta berada dimana-mana,namun cinta sebenar hanya ada satu |
Pada zaman sekarang begitu susah kita hendak mencari cinta yang sebenar berbanding zaman dahulu yang mempunyai keteguhan kasih sayang,kepercayaan terhadap diri masing-masing,kesetiaan dan paling penting keikhlasan. Disini saya ingin memaparkan sebuah kisah percintaan yang dilalui oleh remaja-remaja diluar sana.Terdapat dikalangan mereka yang bercinta adalah atas dasar keikhlasan dan cinta yang teguh antara satu sama lain namun ada juga yang bercinta atas dasar lain iaitu mempunyai niat tertentu dan kebanyakan niat ini adalah niat tidak baik. Sebagai seorang remaja,kita sepatutnya mengetahui bahawa kenangan tak kan berulang 2 kali. Hargailah seseorang yang berada disisi anda sekarang kerana mereka memerlukan kasih sayang dan bukan nya penganiayaan. Setiap percintaan adalah sesuatu yang indah dan wajib kita hargai dan jaga sebaiknya. Janganlah kita cuba merosakkan hubungan itu sesungguhnya ia begitu sakit untuk diamati. Hidup didunia hanya sementara namun hidup disana adalah selamanya.
Sebagai seorang manusia yang masih mempunyai perasaan,setiap insan mempunyai perasaan tersendiri samada marah,sedih,gembira,duka,geram dan banyak lagi. Setiap perasaan ini boleh disampaikan samada melalui riak muka,perlakuan,sifat,emosi,dan sebagainya. Dengan kudrat yang ada,jagalah setiap orang yang disayangi sebaiknya sebelum mereka pergi dari kita selamanya,janganlah biarkan kesedihan meresapi jiwa anda dan biarkanlah kegembiraan yang menceriakan. Dalam berpasangan juga,tiada yang dapat menghalang kecuali NYA. Jodoh tak kan kemana jika disitulah jodoh yang sebenar,biar berapa jauhpun berada,sentiasa merasakan dirinya dekat kepada diri sendiri agar tidak berlaku hasutan,kebencian,was-was dan lain-lain...Cinta adalah benar tetapi cara kita meluahkan nya juga hendaklah dengan cara yang benar dan betul,kegembiraan lebih baik dari kesedihan,biarlah diri menyimpan kesedihan dari melihat orang yang kita sayang bersedih...renungkanlah selalu dan hayatinya sebaik mungkin..

No comments:
Post a Comment